Terkini: Bermula Jumaat Ini, Individu Baru Tiba Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Di Pusat Kuarantin
Bermula Jumaat, rakyat Malaysia yang pulang dan warga asing yang memasuki negara akan ditempatkan di tempat kuarantin wajib C0vid-19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan keputusan ini rakyat malaysia yang pulang ke tanah air tidak perlu melaksananakan swab test kerana mereka secara automatik akan dikuarantin secara wajib.
Namun, bagi warga asing wajib melaksanakan ujian calit (Swab Test) sebelum datang ke Malaysia.
Tiada Lagi Amaran Atau Nasihat, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Yang Langgar PKPP – Ismail Sabri
Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, tiada amaran atau nasihat lagi kepada sesiapa yang ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun, tindakan akan terus dikenakan kepada pesalah.
Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri dalam satu sidang media perkembangan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) hari ini.
Katanya, tiada lagi amaran dan nasihat dari PDRM, tetapi mereka akan mengambil tindakan tegas kepada yang langkar perintah PKPP ini. Bukan itu sahaja, setiap SOP yang dilanggar juga akan dikenakan tindakan tegas oleh PDRM.
Susulan daripada 39 kes tangkapan daripada kelab malam dan pub walaupun ia masih belum dibenarkan beroperasi lagi. Pihak KPKT akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pusat kelab malam yang beroperasi sepanjang PKPP ini termasuklah menggantungkan lesen perniagaan mereka.
Sumber: Sidang Media Ismail Sabri, Siakap Keli