Terkini; Selepas Patriot & Hanipa Maidin, Bekas Ketua Turus ATM pula BANT4H larangan ARAK

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (bersara) Hashim Mohd Ali tampil memb4ntah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun depan.

Menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jeneral (bersara) Mohamed Arshad Raji, Hasim berkata walaupun bukan urusannya untuk mempromosikan pengambilan alkohol, kerajaan mesti menghormati hak orang bukan Islam.

Katanya, ini kerana masyarakat Malaysia hidup di negara yang berbilang agama dan selama beberapa generasi, tidak ada masalah dalam penjualan minuman keras di kedai-kedai ini. “Angkatan Tentera Malaysia juga berbilang kaum dan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.

Pembelian dan meminum liquor terbuka untuk pegawai dan tentera bukan Islam dari kedai Pernama (Perbadanan Perwira Niaga Malaysia) tidak pernah menjadi masalah. “Sebenarnya, ini membolehkan pegawai kanan memantau tingkah laku pembelian dan minum anggota tentera bersenjata bukan Islam di bawah pengawasan mereka,” kata Hashim pada satu kenyataan hari ini.

Sementera itu, pendakwah tersohor negara, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata… Di usia senja begini, sepatutnya kita mempertahankan Islam dari dih1na dan di kej1, bukan mempertahankan jualan Arak di khalayak!!..

Masa tuan semakin berakhir dengan dunia ini, bersiap rapatlah dengan Allah bukan semakin menjarakkan dengan Allah.  Tiada untungnya dengan arak, tetapi tetap untung dengan taat. Terkadang kesian dengan ummat ini!! hilang arah dalam kehidupan!!.. kembalilah dengan Islam, kita kan selamat..

Kredit; Hanisya Abdul Hamid