“Saya Tak Keluar Rumah Sebulan Lepas Mimpi Itu. Saya Takut m4ti”. Kisah Hijrah G4ngster Bertatu Di Muka Bermula Selepas Mimpi kiamat..Allahu
“Saya Tak Keluar Rumah Sebulan Lepas Mimpi Itu. Saya Takut m4ti”. Kisah Hijrah G4ngster Bertatu Di Muka Bermula Selepas Mimpi kiamat..Allahu
GARA-gara mimpi hari ki4mat seorang g3ngster dari negara jiran yang dikenali dengan nama ‘Abang Long Fadhil’ atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT. Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.
“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Ki4mat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum ar4k dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya j3rit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.
“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut m4ti. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya m4ti dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti m4ti.
“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan Ar-Rahman TV.
Fadhil turut memberitahu beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah.
“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar… susah nak cakap.
“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar… susah nak cakap.
“Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati… sayunya semacam,” katanya. Bercerita kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dicacah pada tubuhnya seawal usia 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya.
“Tatu pertama nama saya, Fadhil di tangan. Tapi paling sakit di dahi dan leher ini. Ini semua kawan-kawan tolong buatkan. Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ng3ri dalam hidup saya,” katanya.
Mengakui ramai rakan-rakan lamanya yang berbangsa Cina terkejut dengan perubahannya, namun, mereka masih beri sokongan moral meskipun sudah tidak lagi bersama mereka. Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya dan jalan baharu dipilihnya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan si ibu.
Sementara itu, ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak ‘membuangnya’. “Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyum pah s3ranah.
“Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang,” katanya mengalirkan air mata.
Kisah Hidup Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah
Watak ‘Abang Long Fadhil’ yang dilakonkan oleh Zizan Razak memang wujud sebenarnya. Inilah dia wajah di sebalik Abang Long Fadzil yang sebenar, bekas gangster Singapore yang telah bertaubat dan menerima hidayah dari Allah. Mungkin tiada kena mengena dengan filem Zizan itu, cuma nama sahaja kebetulan sama.
Melalui perkongsian video selama 50 minit di Facebook, Abang Long Fadzil bercerita tentang masa silamnya dan bagaimana beliau terbuka hati ingin kembali kepada Allah. Jadi kalau anda belum ada masa untuk tonton video penuh ceramah Abang Long Fadzil, anda boleh teruskan membaca sinopsis kisah Abang Long Fadzil di bawah.
Abang Long Fadzil adalah anak pertama dari tiga orang adik beradik. Menurut beliau, beliau terjebak ke dalam kancah g4ngster adalah disebabkan dari pengaruh keluarga beliau sendiri. Beliau masih ingat pesan arwah nenek beliau di mana sebagai anak lelaki sulung, tanggungjawab beliau sangat besar kerana beliau adalah bakal ketua keluarga dan bertanggungjawab untuk keselamatan keluarganya.
Beliau sangat n4kal dan li4r sejak dari usia remaja. Beliau masuk p3njara pertama kali pada umur 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu perg4duhan. Beliau tidak menyalahkan rakan sebaya atau pengaruh luar yang menyebabkan beliau terjebak dengan g4ngster.
Menurut beliau, ketika itu beliau tidak perlu membayar untuk servis tattoo berkenaan sebab rakan-rakan yang tolong lukis. Beliau memberitahu kawasan paling sakit untuk dilukis tattoo adalah di bahagian dahi dan leher kerana kawasan tersebut paling sensitif.
Fadzil kemudiannya bercerita tentang kehidupan ketika zaman g4ngsternya. Beliau jujur berkata 4rak dan makan b4bi itu perkara biasa dalam hidupnya dan b4bi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam perg4duhan antara geng g4ngster di Singapura.
Ada satu ketika, beliau terpaksa berdepan dengan 8 orang g4ngster dalam satu masa kerana dua rakan beliau lari kerana takut. Memang ketika itu beliau kena pukul t3ruk; telinga pekak sebelah, luka besar di belakang badan dan luka di muka. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau lambat 5 minit sahaja ke hospital, beliau pasti akan m4ti kerana luka perg4duhan itu.
Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan b4bi dan ar4k kerana timbul rasa geli dengan kedua-dua benda h4ram itu. Selepas meninggalkan ar4k dan b4bi, beliau mula kuat hisap d4dah (Sy4bu). Beliau pelik kerana ketika beliau sedang high kerana syabu, beliau boleh baca doa dan solat. Tapi kalau tidak hisap syabu, langsung lupa tentang doa dan solat. Dan ketika itu beliau tinggalkan syabu.
Abang Long Fadzil bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Sak4ratulmaut
“Saya dah biasa kena hin4 dengan orang sekeliling, dengan ustaz. Kena sound cakap tattoo tak kena air, tak sah solat. Tapi saya pegang cakap mak. Kalau orang susah minta tolong, tolong selagi boleh, kalau orang minta sedekah, kasi selagi mampu,” kata Fadzil.
Bila ditanya tentang rakan-rakan lama beliau, rata-rata kawan g4ngster Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil dengan baik. Tiada yang meng3ji tapi siap beri full morale support. Dengan imej terbaru Abang Long Fadzil sekarang, polis sudah jarang tahan beliau dan soal siasat beliau. Kalau dahulu, beliaulah orang pertama yang kena petik kalau ada kes polis. Beliau bersyukur kerana pada usia 29 tahun, beliau dah kenal mana kawan, mana lawan.
Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah, Fadzil berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan.
“Kemanisan dari Allah ni lain. Kalau manis minum kopi ni, hari-hari kita minum kopi lama-lama kena potong kaki. Manis Allah ni dalam hati. Tak dapat saya nak gambarkan macam mana,” kata Fadzil.
“Kemanisan dari Allah ni lain. Kalau manis minum kopi ni, hari-hari kita minum kopi lama-lama kena potong kaki. Manis Allah ni dalam hati. Tak dapat saya nak gambarkan macam mana,” kata Fadzil.
Di akhir temubual bersama Fadzil, beliau berpesan kepada semua supaya jangan cepat judge orang lain. Jangan menghukum orang lain umpama kita inilah yang paling baik antara semua. Kerana tugas menghu kum itu adalah tugas Allah dan bukan manusia. Yang terbaik adalah membimbing mereka ke jalan yang benar dari kita terus menghu kum mereka itu.
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari temubual Abang Long Fadzil ini. Hidayah itu milik Allah dan g4ngster besar seperti Fadzil pun mampu berubah selepas mendapat Hidayah. Kalau anda mahu lihat video penuh ceramah agama ini, boleh klik di sini. Never too late untuk seseorang itu bertaubat kepada Allah. Semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah Abang Long Fadzil ini.
Sumber:mysumbermaya
